Kes Ragut Berleluasa



Kes ragut yang berlaku semalam di Salak Selatan

Terlalu banyak faktor mengapa perkara ini berlaku. Pada pandangan kami kerana kurangnya kesedaran umum untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa sasaran si durjana.

Mungkin juga kerana terlalu ramai warga asing yang bermaharaja di Malaysia dan ada segelintir dari mereka terpaksa mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang lebih (gaji kecil). Apapun ianya golongan terpencil sahaja. Ramai lagi yang datang ke Malaysia untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarga (usah pandang serong pada semua).

Kemudiannya, di zaman ramai yang bergaya dengan smartphone canggih dan pelbagai lagi, ramai anak-anak muda kita yang tidak berkerja mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang dengan cara kekasaran untuk mengikut "trend" rakan-rakan mereka.

Kurangnya didikan agama kepada anak muda hari ini juga menjadi salah satu puncanya. Itu hanya beberapa selebihnya anda sendiri boleh fikirkan.

Diingatkan juga jika anda menjadi mangsa ragut, jangan sesekali melawan. Berikan sahaja apa yang mereka mahu. Duit dan harta boleh di cari tapi kalau nyawa, mana nak cari? Kesian keluarga anda.

Wahai Ibu bapa, tolonglah mainkan perananan anda sebaik-baiknya. Pantau anak-anak anda sepenuhnya siapa kawan mereka, apa aktiviti mereka, dari mana mereka ada duit dan sebagainya.

0 comments:

Post a Comment